CHAT ROOM CHAQ ULTIMATE ZONE

Metro Ahad 19 April 2009- CAK: Abang Stacy dalam Mentor 3

Chaq ketika bersama Evoke

KETIKA ini Akademi Fantasia 7 dan One In A Million tengah berdendang. Bersambung pula dengan Mentor 3 yang bermula hari ini, jam 9 malam selama 90 minit.

Bagaimanapun, awal-awal lagi ada cerita menarik mengenai mentor dan protege ini apabila CAK diberitahu sumber dalaman yang abang Stacy turut serta. CAK hanya kenali namanya lebih kurang Chaq aka Camellus De’lelli Anam.

Kalau penggemar program realiti perasan, Chaq dan Stacy pernah menyertai Gang Starz musim pertama melalui kumpulan Evoke. Meletup jugalah kumpulan dari Sabah ni. Selepas Stacy jadi juara AF6, mungkinkah Chaq ada peluang mengikuti jejak juara adiknya?

Barisan Mentor yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dalam program kali ini ialah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie.

0 comments: