CHAT ROOM CHAQ ULTIMATE ZONE

CHAQ@KONSERT SEPARUH AKHIR 1 MENTOR 3

Tahniah Diucapkn kepada CHAQ kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh Akhir ke-2 pada 5 Julai ini. Pada Konsert sebentar td..CHAQ telah menyampaikn LAGU dr NICO & KRU ( FANATIK ). Markah keseluruhan CHAQ pada malam itu sebanyak 54.9. Tahniah dari pihak CUZ kepada CHAQ.

Pada mlm itu juga telah menyaksikan seorg lagi protege & mentor telah tersingkir dari program realiti MENTOR 3 ni...Mereka ialah Thye & Adibah Nor.








Keena dtang memberi support kepada rakan2. hyrul ( evo ) juga dtg.
*Video credit to izah1237

CHAQ @ GENTING HIGHLAND


Video CHAQ di Genting Highland




Gambar2 CHAQ dan Rakan2 di Genting Highland

CHAQ @ MEDIA HIBURAN

MEDIA HIBURAN TERBARU...COVER STACY & IQRAM



CHAQ @ BERITA HARIAN ( 26 JUN 2009 )

Dengarnya... Tahniah Chaq kerana bijak kawal emosi
Oleh Normah Becok


Chaq

SEDIH juga Cik Normah dengar cerita mengenai Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy dan abangnya, Chaq yang baru saja kehilangan bapa saudara tersayang kira-kira dua minggu lalu. Paling kasihan pada Chaq yang ketika itu sedang berhempas pulas melakukan persediaan konsert penentuan ke separuh akhir bagi Mentor kumpulan A pada 13 Jun lalu.

Bapa saudara mereka meninggal dunia beberapa hari sebelum konsert itu dan pada hari konsert terbabit juga mendiang dikebumikan. Cik Normah dapat tahu dalam keterujaan Chaq menunjukkan semangat untuk ke separuh akhir, dia sebenarnya terlalu sedih kerana tidak dapat melakukan penghormatan terakhir.

Bagaimanapun, Cik Normah difahamkan produksi Mentor 3 masih memberi kelonggaran kepada Chaq untuk pulang ke Kota Kinabalu untuk bersama keluarganya yang sedang meratapi pemergian bapa saudaranya. Kira sempat juga Chaq melepaskan rasa rindu dan kesedihannya ketika itu.

Sudah namanya rezeki, semangat dan kesungguhan Chaq akhirnya berbayar kerana mara ke separuh akhir biarpun dia sebenarnya berada di dalam kepiluan yang amat sangat. Cik Normah puji sikap Chaq yang tidak menunjukkan langsung rasa kesedihan pada malam konsert berlangsung. Semoga Chaq terus sukses.




CHAQ @ BERITA HARIAN

Misi anak Anam
Oleh Zaidi Mohamad

Chaq tinggalkan Bad Boyz kerana adiknya yakin potensinya dalam program Mentor musim ketiga

SEKALI imbas gambar yang dirakamkan ini tidak ubah seperti pasangan yang sedang asyik bercinta. Paling tidak pun, pasti ada yang menganggap mereka seperti sepasang kekasih yang begitu bahagia seakan dunia mereka yang punya.

Namun, sebelum andaian yang sebegitu terus menerawang fikiran, molek sekiranya diperkenalkan jejaka manis di sisi pemenang Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 itu ialah abang kandungnya bernama Chaq.

Celah Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam yang bakal mencecah usia 19 tahun pada 8 Ogos ini, memang mereka pernah disangka dilamun cinta ketika bersiar-siar di tempat umum. Paling melucukan, ungkap Stacy ketika ditemui minggu lalu, dia pernah dikatakan kakak kepada Chaq dek kerendahan saiz tubuh badan abang tersayang.

Mereka disatukan kerana membawa gelaran anak kepada keluarga Anam. Kalau ada yang masih ingat, mereka juga adalah cebisan kumpulan Evoke yang pernah terkandas perjuangan sewaktu menyertai Gang Starz musim pertama 2007 lalu. Namun selepas, Stacy membuat keputusan mencuba nasib di pertandingan Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan rezeki berpihak kepadanya bergelar juara, Evoke hanya tinggal bertiga.

Di kesempatan ini juga Hip ingin mengucapkan salam takziah kepada dua beradik ini kerana baru saja kehilangan bapa saudara tersayang. Perginya dua hari sebelum konsert penentuan Mentor 3 kumpulan A, bagaimanapun, Chaq yang sudah mengesahkan posisi ke peringkat separuh akhir sempat pulang ke kampung untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah bapa saudaranya.

STACY dan Chaq mula merentas dunia populariti menerusi penyertaan kumpulan Evoke dalam Gang Starz musim pertama.

Seperti Stacy, Chaq atau nama sebenarnya Camelluis De’lelli Anam, 20, kini turut mengikuti jejak langkah adiknya untuk menggapai impian sebagai penyanyi solo dengan menyertai Mentor musim ketiga yang kini bersiaran di TV3. Di bawah bimbingan komposer Ajai, Chaq harus membuat keputusan terbesar di dalam hidupnya dengan meninggalkan kumpulan anak didik pertama Adam AF2, Bad Boyz.

Ekoran tindakannya itu, lalu timbul gosip kononnya, Chaq tidak mengenang jasa dan mementingkan diri sendiri. Bukan berniat mempertahankan tindakan abangnya, tetapi Stacy mempunyai alasan tersendiri menggalakkan perjuangan solo Chaq yang baru saja bermula. Malah Stacy sendiri meninggalkan Evoke untuk mencapai cita-cita.

“Stacy yang beriya-iya menasihatkan dia (Chaq) untuk mencuba nasib di Mentor 3. Laluannya direstui, cubaannya membuahkan hasil apabila berjaya menjadi protégé Ajai. Sebelum ke uji bakat lagi, dia ada memberitahu ingin mengubah keputusannya daripada menyertai pertandingan itu kerana masih sayangkan Bad Boyz.

“Namun atas galakan Stacy, mummy dan daddy, dia menunjukkan kesungguhan menunjukkan sisi bakat yang ada. Apa salahnya, dia mencuba menerap proses pembelajaran dan menimba pengalaman. Mana tahu, ke depan nanti kalau ada rezeki dan jodohnya kembali bersama Bad Boyz. Stacy sekeluarga menyokongnya daripada belakang. Pengalamannya bersama Evoke sewaktu menyertai Gang Starz boleh dijadikan sandaran untuk dia bersedia dengan sebarang kemungkinan di Mentor,” kata Stacy yang mengikat kontrak selama dua tahun bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).


Mahu bukti kehadiran bukan suka-suka

TANGGAL 26 Mei lalu genap setahun usia pembabitan gadis cilik yang semakin menunjukkan taring ketika memberikan persembahan bertenaganya di atas pentas. Malah, kehadirannya sudah mula memberi impak dan siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah ini pernah tercari-cari identiti sebenarnya dalam perjuangan muzik.

Namun, pertaruhannya berbaloi sejak tampil dengan album sulungnya, Aku Stacy, yang mula mendaki tangga populariti.

Akuinya, perjalanan masih jauh dan kredibilitinya mula tercalar selepas gagal memberikan persembahan sempurna sewaktu berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-21 di Putrajaya ketika mendendangkan lagu Wajah Suara Hati.

Mengumpul semangat daripada kesilapan lalu, Stacy mula memberikan persembahan mengagumkan ketika bolos ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu awal tahun lalu menerusi lagu Aku Stacy.

“Sewaktu keluar AF6, kehadiran Stacy bagaikan tidak disedari. Namun, selepas menjumpai identiti dan konsep muzik yang sesuai, Stacy sudah tahu formula yang betul, lalu inilah hasilnya. Stacy bersyukur dan sentiasa berusaha mencari kelainan. Stacy nak buktikan kewujudan ini bukan sekadar suka-suka. Alang-alang membuat sesuatu biar bersungguh dan Stacy hendak mengubah persepsi yang mengatakan produk bintang realiti itu umpama mi segera.

“Stacy selesa bergerak solo tapi menyanyi secara berkumpulan pun bagus juga. Kalau Fergie boleh menyanyi solo dan menyanyi dengan kumpulan The Black Eyed Peas, Stacy pun nak jadi sepertinya. Kalau ada peluang berduet dengan Chaq atau kembali menyatukan Evoke, Stacy takkan menolak peluang berharga itu. Harapnya, Stacy dapat mengukuhkan label nama sendiri di Malaysia dan pergi jauh, sejauh yang mungkin. Barang kali menembusi pasaran negara luar ,” katanya yang gemar melayari laman sesawang Youtube untuk meninjau klip video tarian. Malah, jika tidak berkesempatan menonton persembahan abangnya di Mentor, dia hanya menontonnya di laman terbabit.

Tidak lupa budi Adam, Bad Boyz

SEMENTARA itu, Chaq memberitahu dia masih berhubungan dengan kawannya yang menganggotai Bad Boyz. jika lapang, dia masih melepak bersama mereka termasuk dengan Adam. Biarpun kini dia sedang giat memastikan perjuangannya di Mentor 3 berhasil, dia tidak menafikan masih mengenang budi baik Adam dan kenangan bersama anggota Bad Boyz.

“Memang saya berbelah bagi dan berat hati ketika ingin membuat keputusan sama ada ingin menyertai Mentor atau kekal bersama Bad Boyz. Sebelum dapat menyertai Mentor, pelbagai emosi bermain di fikiran saya. Bayangkan ketika itu, album mini Bad Boyz hanya tinggal beberapa bulan saja sebelum dipasarkan. Tapi kerana peluang yang datang sekali, lalu saya ambil keputusan muktamad biarpun ia mengecewakan anggota Bad Boyz yang lain,” katanya yang bersaing secara sihat dengan adiknya, Stacy.

Biar masih hijau, Chaq yang bakal meningkat 21 tahun pada 26 Julai ini percaya dengan peluang keemasan yang diberi di samping kesempatan berharga menjadi anak didik, komposer Ajai. Berkat sokongan keluarga termasuk Stacy, Chaq juga menyimpan cita-cita untuk berada di tahap yang dikecapi adiknya itu.

“Saya bersyukur ciri-ciri yang Abang Ajai mahu ada pada saya. Mudah-mudahan langkah saya menyertai Mentor boleh menjejakkan kaki ke peringkat akhir. Tujuan utama saya ialah untuk membuktikan apa yang diingini Abang Ajai iaitu menyanyi dan menari dapat diseimbangkan. Selepas ini, kalau diberi peluang untuk merakamkan album saya inginkan konsep Pop R&B.

“Saya mengharap tuah bersama Abang Ajai di bawah naungan syarikatnya, Wake The Baby selepas tamat Mentor nanti. Dengan pengalaman yang dia ada, saya harap ia mampu memberi azimat bermakna buat diri sendiri. Saya harap apa yang saya hajati untuk bergelar penyanyi dan juga pelakon hebat suatu hari nanti akan dimakbulkan.

“Kejayaan Stacy menguatkan semangat saya dan kalau boleh, saya mahu capai lebih tinggi daripada apa yang dimilikinya sekarang. Kami bersaing secara sihat dan saling menyokong di antara satu sama lain. Cuma kalau boleh saya tidak mahu terus-terusan dibayangi Stacy dan biar kami berjuang dengan cara tersendiri,” katanya yang mula aktif menari sejak 2003.


INFO: Stacy

  • Tidak mementingkan jenama mewah pakaian. Antara barangan jenama yang dibelinya seperti Guess, MNG dan Romp. Paling penting dan yang dititikberatkannya dalam pemilihan pakaian ialah stail yang ingin ditampilkannya. Stacy dan abangnya selalu membeli pakaian di Berjaya Times Square.

  • Malah, Stacy dan abangnya memang suka bergaya dan Stacy pernah memakai baju yang dimiliki Chaq.

  • Sedang mengikuti siri persembahan Gempak Selebriti Astro dan Jelajah Era.

  • Idolanya, Datuk Siti Nurhaliza, Beyonce Knowles, Britney Spears, Pussy Cats Doll.

  • Kata Stacy, mengikut perancangan AESB dia bakal merakamkan klip video lagu Gagap, Cerah dan Pakai Buang.

  • Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sebagai ikon dan idola belia serta remaja dalam industri hiburan di Negeri di Bawah Bayu. Pengiktirafan itu dizahirkan kepadanya menerusi penganugerahan sijil penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang Mac lalu.

    PROFIL: Chaq
  • Nama sebenar: Camellus De’lelli Anam
  • Umur: 20
  • Tarikh lahir: 26 Julai 1988
  • Pengalaman seni: Pernah menyertai Bad Boyz dan menjadi penari pengiring untuk Stacy dan Adam.

  • Pesanan CHAQ untuk anda

    Video Chaq @ Dataran Merdeka

    Seperti yg diberitahu sebelum ini Chaq telah berada di Dataran Merdeka untuk menjayakan Inspirasi Tv3. Chaq hanya muncul Di pentas utama sahaja.


    PARTY LIKE THIS
    *Kualiti video kureng memmuaskn..Harap Maaf!!

    Pihak kami juga memohon maaf kerana tidak dapt menyiarkan gambr disana..ini adalah kerana terdapat beberapa kesilapan teknikal.


    CHAQ@DATARAN MERDEKA


    hyeeee semuaaa......
    Anda fanz CHAQ dan ingin Bertemu dengan CHAQ???...

    Ok la,utk semua peminat2 CHAQ ...jgn lupa CHAQ dan rakan2 di Mentor musim ke 3 akan berada di dataran MERDEKA pada hari sabtu ini...Untuk menjayakan karnival pada sebelah petang bersempena dengan ulang tahun tv3 yg ke 25 Tahun.

    Info adalah seperti berikut k:-

    Waktu : TBC ( sebelah petang-akan diberitahu kelak )
    Tarikh : 20 June 2009 ( sabtu )
    Tempat : Dataran Merdeka ( Booth Ribena )

    JOM SERBU CHAQ di SANA dan kite ramai2 meriahkan Booth Ribena okk!!!

    Jumpe anda semua disana ...!!!!!

    CHAQ @ KONSERT MENTOR 3 ( GROUP A PUSINGAN 3 )

    Tahniah buat CHAQ kerana telah melangkah ke peringkat separuh akhir...Markah keseluruhan CHAQ untuk ketiga-tiga konsert ialah 190.9. Nantikan persembahan CHAQ pada konsert Separuh Akhir nanti..


    CHAQ dan ALYAH berduet lagu Mana satu idaman kalbu & Malam Ku mimpi
    credit pict to halidahalle



    persembahan kedua..Chaq menyampaikn lagu Apologise




    KHAS TUK WARGA CUZ

    CHAQ@HAI


    KONSERT MENTOR 3 - GROUP A

    Hallluuuuuuuuuu CUZ & Penyokong CHAQ...
    Seperti yg semua sudah sedia maklum, pada minggu ni CHAQ akan membuat persembahan untuk kumpulan A....dimana Mgg ini CHAQ akan menyampaikn 3 buah lagu..lagu solo, lagu duet & berkumpulan( wif group A ) CHAQ akan beduet dengan artis jemputan.

    tarikh : 14 june 2009 ( AHAD )
    masa : 9mlm
    tempat : MBSA SHAH ALAM@LIVE di TV3

    Datang ke MBSA SHAH ALAM untuk memberikan sokongan kepda CHAQ ahad ini..

    VOTE FOR CHAQ!!!!

    *artis yg terlibat untuk konsert mentor kumpulan A : TOMOK, ALYAH & FAIZAL TAHIR

    VIDEO : CHAQ & THYE ( PILIHLAH AKU )



    credit to izah1237

    CHAQ@KONSERT MENTOR 3 ( DUET WITH THYE )

    7 jun 2009
    lagu yg disampaikan oleh
    THYE & CHAQ ialah PILIHLAH AKU




    credit pict to www.gua.com.my

    CHAQ @ MHI

    Hellooooooo pada semua warga CUZ yang setia bersama kami dan CHAQ..Esok chaq akan berada di MHI..Jangan lupa saksikan CHAQ di MHI...

    TARIKH : 8 JUNE 2009 (ISNIN)
    WAKTU : 7-9pg..tak sure dia akan keluar pada pukul berapa..jadi,saksikan laahh!!jgan sampai trlps hanya di TV3!!!!...hihiihihh...

    CHAQ @ KONSERT MENTOR ( GROUP B )

    Jangan lupeee Saksikan CHAQ pada konsert MENTOR untuk GRUP B pada minggu ini. CHAQ akan berduet bersama THYE minggu ini...NANTIKAN kejutan dr THYE & CHAQ nnt..SUPRISE KATENYAAA.... So nanti kan CHAQ di kaca Televisyen anda..


    Time : 9mlm
    Tarikh : 7 jun 2009
    Tempat : MBSA SHAH ALAM@LIVE DI TV 3


    pesanan dari chaq : DATANG KE MBSA BERAMAI2 UNTUK SUPPORT CHAQ & THYE NNT...


    sekiaaannnnn..............

    Video CHAQ @ Karnival Jom Heboh







    Chaq @ Karnival Jom Heboh Danga Bay

    Hello CUZ,

    Last week Chaq n Protege yg lain telah turun ke Karnival Jom Heboh di Danga Bay....Mereka berada di sana selama 2 hari....mcm mcm xtvt yg disediakan petang tue...Mmg meriah!!..


    Booth My TV3






    Showcase Mentor




    Byk lagi koleksi gambar2 Chaq n Protege lain di karnival nie....Untuk melihat gambar yang lain....klik sini k---> http://chaqultimatezone.fotopages.com/

    INFO CUZ

    hyeeee CUZ...

    Jum layari OFFICIAL WEB OF CHAQ & CUZ...




    FOTOPAGES

    YOUTUBE


    TEMPAHAN T-SHIRT CHAQ & CUZ

    Hello wargA CUZ!


    Saat yang dinanti-nanti telah pun tiba. Tempahan T-shirt CHAQ & CUZ yang terkini telah pun dibuka kepada sesiapa yang berminat!!! Kini pihak CUZ akan membuka kaunter jualan T-shirt tersebut.

    Butiran adalah seperti berikut:-

    Harga : RM 26
    Wang Pos : RM 5

    Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, sila email ataupun SMS maklumat anda seperti nama, jumlah tempahan, size ke :-
    0127268185 [olly]

    chaq_ultimatezone@yahoo.com

    Cara-cara bayaran akan diberi tahu kemudian selepas harga telah diconfirmkan ;]

    * TEMPAHAN SEBELUM 7HB. untuk melihat design tshirt yg baru..sila ke FORUM CUZ...
    http://chaqdelelli.all-up.com


    sekiannn...