CHAT ROOM CHAQ ULTIMATE ZONE

Siapa ke konsert akhir Mentor 3?

Siapa ke konsert akhir Mentor 3?
Oleh Shaffique Ahmad Zehnun



Adibah bersama protegenya Thye yang tersingkir daripada pertandingan.

Black, Chaq dan Fira bersaing rebut tempat seterusnya


KECOH keadaan di belakang tabir Mentor 3, baru-baru ini, apabila protege Adibah Noor, Thye tersingkir dari persaingan merebut tempat ke konsert akhir program realiti popular itu.

Thye adalah seorang protege berdedikasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Di kalangan tenaga kerja penerbitan Mentor 3, ada yang kecewa, tidak kurang pula yang sebak apabila diumumkan Thye tersingkir pada peringkat separuh akhir, minggu lalu. Thye juga seorang peramah, periang dan paling banyak ketawa.

Tiada siapa sangka keupayaan dan langkah Thye hanya setakat itu saja dalam Mentor 3. Beliau sebenarnya mampu memberikan persaingan sengit dan memang antara nama yang disebut-sebut bakal beraksi di final. Itulah asam garam program realiti yang harus Thye dan tenaga produksi lain akur. Thye hanya menerima 39.8 peratus undi berbanding Black (63.3 peratus), Chaq (54.9 peratus) dan Fira (43.1 peratus).



Tatkala kesedihan menerima berita penyingkirannya itu, Adibah selaku mentornya cukup ‘sporting’ dengan menyatakan bahawa beliau akan terus membimbing Thye dalam bidang nyanyian, malah akan cuba merakamkan ‘single’ bersamanya. Orang yang paling mengetahui mengenai bakat Thye sudah tentu mentornya sendiri. Tindakan Adibah memang bagus, malah menepati tagline program ini - Tunjuk Ajar Ku Sifu.

Sementara itu, Hattan yang berperanan sebagai juri jemputan, minggu lalu, menyifatkan protege yang bertanding pada musim ini cukup hebat, bukan saja dari segi kemantapan vokal dan gaya persembahan, malah mempunyai potensi baik untuk diketengahkan.

“Pada awalnya, saya terkejut melihat penyokong masing-masing bertempik sakan memanggil nama-nama mereka (protege). Baru saya tahu bahawa sokongan mereka ini tidak sia-sia kerana semua protege yang bertanding sememangnya berbakat besar. Cuma, mereka ini harus diberikan peluang untuk mengasah bakat masing-masing. Malah, mentor mereka juga perlu memainkan peranan dengan terus memberi tunjuk ajar supaya mampu berdiri kukuh dalam bidang nyanyiani,” katanya.

Malam ini, tiga protege akan berentap menentukan siapa yang akan berjaya ke peringkat akhir iaitu Black, Chaq dan Fira. Masing-masing dilihat mempunyai kekuatan tersendiri dan berupaya menempah tiket ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada 12 Julai ini.

Di peringkat ini, kesungguhan serta latihan keras saja tidak mencukupi tetapi sebaliknya kekuatan mental harus dititik beratkan dalam menempa kejayaan. Penasihat Vokal Mentor 3, Azmeer berkata, selepas berusaha keras ketika di sesi latihan, protege harus tenang, jangan gopoh dan fokus ketika membuat persembahan.

“Jika dapat mengawal perasaan, maka semuanya pasti menghasilkan satu persembahan yang berwibawa,” katanya.

Juara Mentor 3 akan menggondol pelbagai hadiah mewah yang disediakan penganjur termasuk wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Kia Spectra, manakala mentor akan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Mentor 3 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, jam 9 malam ini!

**Sumber Bi-POP 5 Julai 09

0 comments: