CHAT ROOM CHAQ ULTIMATE ZONE

Chaq - Majalah Yezz Isu Okt 2009


Let's Party!
Liyana Jasmay & Chaq

Kalau Yezz! tanya pada you all, siapakah penyanyi yang bernama Camellus De’lelli Anam, pasti susah untuk you all jawab, kan? Sebenarnya itu adalah nama penuh kepada Chaq yang juga merupakan Naib Juara pertandingan Realiti TV, Mentor 3 dan anak didik kepada Ajai. Untuk pengetahuan you all juga, Chaq adalah abang kepada juara AF 6 iaitu Stacy yang menghiasi cover Yezz! pada isu lepas.

Sempena isu anniversary pada kali ini, Yezz! telah menggandingkan Chaq dengan seorang artis wanita popular yang sedang meningkat naik ketika ini. Siapa lagi kalau bukan Liyana Jasmay, seorang artis muda yang bukan sahaja terkenal dalam bidang lakonan, malah sedang mencipta nama dalam bidang nyanyian. Ternyata gandingan kedua-dua artis nie memang sepadan. Chaq yang pada mulanya Yezz! sangka seorang yang pemalu, rupa-rupanya boleh tahan juga lincahnya di hadapan lensa kamera. Liyana pula tetap dengan gaya happy go lucky dan sentiasa menghiburkan orang-orang di sekelilingnya. Itulah Liyana Jasmay...

Istimewa buat you all, ikuti interview seterusnya bersama Chaq dan Liyana Jasmay. Tentu ada kisah-kisah menarik mereka berdua yang you all tak tahu, tapi berjaya dibongkar oleh Yezz! terutamanya tentang anniversary. Let’s check it out...!!!


Birthday party yang paling happening you all pernah pergi?

Chaq: Birthday party yang saya dan adik-beradik buat untuk parents di rumah.
Liyana: Of course birthday party I yang ke-17.


Pernah tak orang lain buat surprise party kat you all?
Chaq: Kalau sebelum nie ahli keluarga yang buat, tahun nie fans pulak yang buat surprise party untuk saya.
Liyana: Hmmm.... no! Sedih kan!!!



Perkara yang paling teruk you all kena buat masa sambut birthday party?
Chaq: Kena baling kek kat muka.
Liyana: Bila dipaksa untuk buat ucapan.


Jika diberi pilihan, tema birthday party yang macam mana you all inginkan?
Chaq: Saya lebih selesa kalau birthday party tu dibuat secara private dan melibatkan ahli keluarga jer.
Liyana: Rock & Roll party!!!



Hadiah paling best dan tak best pernah you all terima masa birthday party?
Chaq: Yang paling best bila dapat jam tangan Rolex. Paling tak best pulak, dalam kotak hadiah berisi belalang. Hahaha!
Liyana: Jam dari babah (ayah). Tak ada yang tak best... semuanya best belaka tau.



Kalau buat birthday party, siapa yang paling teringin you all nak jemput?
Chaq: Bagi saya semua orang boleh datang.
Liyana: Hurm.... my crush!




You all lebih suka buat birthday party di rumah @ di luar? Kenapa?
Chaq: Saya suka buat di rumah jer kerana suasananya pasti lebih meriah.
Liyana: Di luar... sebab boleh decorate more dan pasang lagu kuat-kuat.



Kalau di luar, kat mana you all nak buat birthday party tu?
Chaq: Mungkin nak buat di tepi pantai kot.
Liyana: Dekat kawasan yang kosong.



Sumber:http://www.karangkraf.com/yezz


Ikuti kisah n gambar2 menarik mereka dalam majalah YEZZ! keluaran Oktober 2009...Dapatkan segera sementara masih ada..;p

0 comments:

ACTIVITIES

  • 2 Dis - Sabah
  • 3 Dis - Sabah
  • 4 Dis - Sabah
  • 5 Dis - Sabah

LEAVE YOUR MESSAGES


GALLERY

View

counter