CHAT ROOM CHAQ ULTIMATE ZONE

Gila fesyen atas pentas-Kosmo


CHAQ enggan mempunyai imej yang sama seperti mentornya, Ajai.


TAHUN 2009 satu permulaan yang penuh debaran bagi bekas finalis program realiti, Mentor, Chamellus de'Lelli Annam. Selepas program tersebut, Chamellus, 21, atau lebih mesra dengan panggilan Chaq memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi.

Sehubungan itu, abang kepada penyanyi popular, Stacy mula mempelajari selok belok mengenai imej diri yang mahu ditampilkan.

Dengan wajah yang iras-iras mentornya, Ajai, membuatkan Chaq mahu menampakkan kelainan dan enggan dikatakan mempunyai sama imej dengan komposer terkenal itu.

Justeru, selain menggemari fesyen-fesyen kasual, Chaq mahu menampakkan dirinya lebih ke arah gila aksesori.

Menurut Chaq, aksesori seperti rantai, mafla, gelang tangan, cincin mahupun rantai seluar mula dikumpul sejak dia bergelar penyanyi.


RANTAI seluar antara koleksi terbanyak Chaq.


"Saya memang menggemari aksesori kerana ia seperti pelengkap gaya saya. Lagipun saya mahu menonjolkan imej funky kasual.

"Selain nampak ranggi, aksesori adalah satu perkara yang amat penting kerana ia dapat memberatkan pakaian kita. Contohnya, seluar yang dipadankan dengan rantainya dapat mencantikkan lagi seluar berkenaan," katanya.

Selain itu, mafla dan rantai juga memainkan peranan penting kerana kata Chaq, ia boleh memberikan imej yang berbeza dengan penyanyi lain.

Bagaimanapun, Chaq hanya akan memakai pelbagai aksesori ketika membuat persembahan sahaja.

"Jika bersantai bersama rakan-rakan, saya tak akan memakai sebarang aksesori. Saya tak mahu orang menganggap saya ni syok sendiri.

"Bila bersama rakan, jam sahaja sudah memadai. Lagipun, saya mahu jadi 'gila fesyen' di atas pentas sahaja, bukan di luar waktu bekerja," jelasnya.

0 comments:

ACTIVITIES

  • 2 Dis - Sabah
  • 3 Dis - Sabah
  • 4 Dis - Sabah
  • 5 Dis - Sabah

LEAVE YOUR MESSAGES


GALLERY

View

counter