Masa : 1.00 ptg
Tarikh : 24th October 2009

Nantikan juga video rakaman persembahan Chaq di laman blog ini....tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!
Lokasi : Uptown ,Tmn Sri Gombak
Artis : Chaq,Khai ,Rosma,Dior,Bienda n Khairul(gang starz season 1)
**Chaq mendendangkan 3 lagu : Medley Michael Jackson,Terima Kasih Cinta n Penjelasan
Jom ramai ramai ke Fiesta Majlis Pelancaran Bazaar Uptown Sri Gombak
Artis : Chaq,Bienda, Khai, Rosma & Dior
Tarikh : 24th October 2009
Waktu : 8 mlm - 12tgh mlm
Jumpa Anda semua di sana !!!!
Rap |
BELUM sempat program realiti Mentor musim ketiga menutup tirai, dia sudah dihambat kontroversi. Semua bermula apabila dia beroleh peluang kedua yang melayakkannya bertanding di peringkat akhir Mentor 3. Pengumuman yang tidak diduga itu membibitkan rasa ketidakpuasan hati sesetengah pihak. |
Ini kerana hanya dua peserta yang berjaya meraih markah tertinggi pada konsert separuh akhir saja yang layak bertanding. Walaupun tidak disukai, Chaq atau nama sebenarnya, Camellus De'lelli Anam bekerja keras dan komited memberikan yang terbaik.
Justeru, tidak hairanlah apabila persembahannya malam itu berupaya menggamit hati juri profesional dan awam hingga berjaya merangkul gelaran naib juara. Kini, semuanya sudah berlalu dan Chaq, 21, makin gigih mengorak langkah kerjaya seninya.
Mendapat tunjuk ajar daripada mentornya, Ajai menerusi syarikat rakaman Wake The Baby, milik komposer dan penyanyi terkenal itu, seakan-akan memberi jalan mudah untuknya menembusi pasaran industri hiburan tempatan. Apatah lagi, dengan statusnya sebagai abang kepada juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stacy sedikit sebanyak mengukuhkan lagi telahan itu.
Ketika ditemui di majlis Warna Warni Aidilfitri di Hotel Brisdale, baru-baru ini, Chaq bersungguh-sungguh menafikan yang dia ingin menumpang populariti adik mahupun mentornya itu.
"Saya tahu perjalanan sebagai penggiat seni bukan mudah kerana banyak liku-liku perlu ditempuhi. Bagaimanapun, tidak pernah terlintas di fikiran untuk menumpang populariti sesiapa.
"Sebagai abang kepada Stacy, sudah tentu saya gembira dengan pencapaiannya itu. Lagipun, sebelum ini kami pernah bersama dalam kumpulan Evoke sebelum dia menyertai AF. Jadi, apa yang dikecapi Stacy ketika ini adalah rezekinya selepas bekerja keras.
"Melihat dia berjaya, membuatkan saya lebih gigih berusaha dan bukan cuba menumpang popularitinya. Saya tahu, karier seseorang artis yang suka menumpang populariti orang lain, mudah jatuh dan tidak tahan lama.
"Peminat bukan bodoh kerana mereka tahu menilai mana baik, bagus dan tidak suka artis hipokrit. Disebabkan itu, saya mahu dikenali dengan kerja saya, bukan benda lain. Berbekalkan kerja keras dan tidak mudah putus asa, saya yakin dapat mengukir nama dalam industri," katanya.
Berkaitan perkembangan seni, beritahu Chaq, dia dalam proses mengumpul bahan untuk album sulungnya yang dijangka siap tahun depan. Memuatkan lima lagu, Chaq berharap ia dapat memenangi hati peminat muzik tempatan.
Lain Lain Gambar sila klik Warna Warni Aidilfitri Stacy n Chaq
Lokasi : Hotel Brisdale,KL
Tarikh : 11th October 09
**Credit Photos to Stacy Angie Frenz
Jgn lupa saksikan aksi Chaq n Stacy dlm Rancangan Ewah Ewah Musim ke 2 di Tv3..Konsep pertandingan kali ini menampilkan pasangan adik beradik yg turut melibatkan Aril & Izwan Pilus serta Pija & Naufara...Nantikan siarannya di tv3 pada setiap hari isnin-rabu jam 11.00 pg..
Buat semua peminat2 Chaq n Stacy,hujung Minggu nie jgn lupa hadir ke Majlis Raya "Warna Warni Aidilfitri Stacy n Chaq" yg akan diadakan di Hotel Brisdale k...
2009
Free Wordpress Themes Designed by: Free CSS Templates | Free Blogger Templates Popularized by Watch Tv Online. Unblock through unblock myspace proxy, Songs by Guitar Song Chords