CHAT ROOM CHAQ ULTIMATE ZONE

CHAQ @ KARNIVAL JOM HEBOH

HALLLLUUUUUUUU WARGA CUZZ!!!!

To all fanz CHAQ yg berada di JOHOR dan kawasan2 yg sewaktu dengannya...Jom ramai-ramai kite serbu CHAQ di KARNIVAL JOM HEBOH TV3. CHAQ akan berada di sana selama 2 hari..

detail karnival jom heboh :

VENUE : TELUK DANGA,DANGA BAY
DATE : 30&31 may 2009
TIME : 10 pagi - 11 pagi
BOOTH : BOOTH MY TV3

Pada jam 4 petang ini pula,CHAQ akan berada di main stage bersama rakan-rakannya yang lain untuk membuat persembahan.Jangan lupa saksikannya!!!

ESOK CHAQ HANYA TERLIBAT DI BOOTH SAHAJA!



JUMPE ANDA DISANA~~~~

KONSERT MENTOR 3 KUMPULAN A PUSINGAN 2

Konsert MENTOR 3 pusingan ke-2 bagi kumpulan A.

1st song lagu SAYANG berduet dengan keena ( PROTEGE AWIE )

lagu ke 2 : Bila Rasaku Ini Rasamu ( KERISPATIH )

persembahan berkumpulan bersama protege kumpulan A



more pic di flickr CUZ

REPORT UNTUK KONSERT INI ADA di FORUM

Konsert Mentor

Jangan lupa saksikan konsert mentor pada malam ini jam 9malam hanya di tv3 dan live di MBSA SHAH ALAM.Sesiapa yang ingin menonton mentor secara life,sila msg olly 0127268185 dan jangan lupa vote 4 chaq!

INFO : VOTE DI WEB TV3

haaaluuuuuuuuuu.
To all FANZ CHAQ!!! jom ramai2 vote CHAQ n AJAI di WEBSITE MENTOR " Ramalan: Siapa bakal dapat markah paling tinggi minggu depan?" JOM kita naikkan rangking CHAQ untuk Ramalan tersebut...

WEBSITE MENTOR <<<----- KLIK SINI UNTUK TERUS KE WEBSITE TERSEBUT


sekian.....

TERBAIK~~~


CHAQ@MANGGA JUN 2009


CHAQ & STACY

DAPATKAN MAJALAH MANGGA KELUARAN JUN 2009 untuk melihat artikel mengenai CHAQ..

VIDEO : PERSEMBAHAN CHAQ @ MENTOR 3

TERIMA KASIH CINTA


GAGAP (DUET WITH AJAI)


KEPUTUSAN MARKAH bg KUMPULAN A


video credit to HAORI

BERITA HARIAN : Format baru Mentor menghiburkan

Oleh Zaidi Mohamad


GAMBAR kiri, EVO dan mentornya, Jaclyn Victor mengalunkan lagu Pergi Untuk Kembali. Gambar kanan, PERSEMBAHAN duet Fira dan Lah menerusi lagu Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.

Pembaharuan yang diperkenalkan produksi mampu pikat penonton TV3

SEPERTI kebiasaan sebelum ke peringkat separuh akhir, mana-mana peserta sesebuah pertandingan akan disaring terlebih dulu. Itu fasa biasa yang akan dilalui bagi mencari peserta yang betul-betul layak bertanding. Demikian juga yang terjadi kepada pertandingan Mentor musim ketiga yang sudah menerjah ke musim ketiga.

Enam protege yang terbabit musim ini perlu melalui tiga siri konsert persembahan bagi menentukan dua peserta yang mendapat markah tertinggi daripada setiap kumpulan untuk bersaing ke separuh akhir. Mereka akan dinilai daripada tiga skala pemarkahan iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus lagi melalui juri awam.

Juri awam ini terdiri daripada rakan media, penerbit rancangan, pelajar jurusan muzik dan golongan semi profesional dalam bidang muzik. Memperkenalkan kuasa juri awam ini adalah antara corak perubahan yang diperkenalkan pada musim terbaru ini. Begitu juga dengan menampilkan wartawan Melodi, Nas Ahmad untuk mengorek kisah sensasi di sebalik tabir apa yang terpendam dan berlaku di kalangan protege dan mentor yang terbabit.

“Kalau ada yang berpandangan segmen bersama Nas Ahmad ini mengganggu fokus protege dan mentor, memang itulah fungsi Nas yang bertujuan ‘mengganggu’ apa saja yang mungkin dan bakal terjadi di belakang pentas atau di kalangan mentor dan protege.

“Tugasnya itu berlaku secara spontan dan tidak terlalu terikat dengan skrip bagi bertanyakan apa juga maklum balas, perasaan dan apa saja yang mungkin boleh dicungkil buat tatapan penonton program Mentor. Jika tahun lalu kita menjemput artis sebagai penyanyi undangan, kali ini, demi terus mencipta kelainan, kita menjemput peserta uji bakat yang tidak berpeluang sertai Mentor membuat persembahan,” kata Penerbit dan Pengarah Mentor musim ini, Muhamad Sufian Isa.

GAMBAR kiri, AJAI yakin dan percaya bakat semula jadi Chaq tidak dibayangi adiknya, Stacy. Gambar kanan, ZAINAL dan Cat menyifatkan protege kumpulan A mempunyai variasi julat suara yang berbeza dan baik.

Menurut Sufian lagi, biarpun baru dua konsert dipersembahkan, konsert showcase pengenalan pada dua minggu lalu mencatatkan kejayaan membanggakan apabila mendapat rating sebanyak 2.9 juta. Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk produksi program ini duduk selesa.

Malah katanya lagi, apabila mengendalikan program secara langsung, pelbagai kemungkinan bakal terjadi. Begitulah yang terjadi pada konsert kedua membabitkan protege kumpulan A, kumpulan Evo, Fira dan Chaq. Antaranya seperti masalah audio dan kelemahan prop yang hampir terjatuh sewaktu persembahan Fira bersama mentornya, Lah Ahmad.

“Biarpun, pihak kami berpuas hati dengan konsert kedua termasuk beberapa pembaharuan yang diperkenalkan, kami tak boleh nafikan masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki termasuk aspek produksi dan persembahan. Bagaimanapun, ini adalah permulaan yang baik untuk kami,” kata Suffian sambil memberitahu lagu yang dipilih adalah daripada perbincangan mentor, protege dan mendapat persetujuan produksi.

Ahad lalu, protege kumpulan A, Fira (mentornya, Lah Ahmad), Chaq (Ajai) dan kumpulan Evo (Jaclyn Victor) meneruskan permulaan perjalanan mereka dengan melakukan tugasan menyanyikan dua buah lagu termasuk berduet dengan mentor masing. Juri profesional yang diundang ialah Zainal Abidin dan Cat Farish.


Calon kegemaran, Chaq yang juga abang kepada juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy mengungguli carta peratusan apabila mendapat 67.9 markah, diikuti Evo (56.4) dan Fira (39.7). Tiada penyingkiran yang akan terjadi buat masa ini kerana protege yang mendapat markah terendah masih berpeluang menebus kekecewaan pada konsert seterusnya.

Ditanya kepada Ajai, apakah kelibat Chaq atau nama sebenarnya Camellus De’lelli Anam dibayangi populariti Stacy hingga berjaya mendapat peratus yang tertinggi, komposer itu mempunyai jawapannya. Katanya, kalau Chaq tidak mempunyai bakat, mana mungkin dia akan mengambilnya sebagai peserta Mentor.

“Melalui proses uji bakat, biarpun yakin dengan bakat yang ada padanya, saya masih terus menguji kemampuannya dengan beberapa peserta yang sudah disenarai pendek. Dia antara yang terbaik, lalu demi mencari kelainan dan berpengalaman sebagai penerbit, saya tahu dia ada kualiti untuk diketengahkan sebagai penyanyi.

“Dan misi saya kali ini ialah mencari penyanyi yang boleh menari dan ia ada pada dirinya. Bagi saya muzik adalah perihal perkongsian. Saya juga berkongsi muzik dengan Chaq, malah saya akui turut belajar daripadanya terutama bab menari.

“Soal menang atau kalah, ia antara saya dengannya dan semuanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Saya tak rasa dia dibayangi Stacy, saya tak kisah kalau pun ada yang anggap dia abang Stacy, maka itu kelebihan yang mungkin ada padanya. Kita tak boleh menidakkan hubungan yang terjalin antara mereka dan apa yang penting, saya mengambilnya kerana bakat yang ada padanya,” kata Ajai.

Sementara itu, Jaclyn Victor memberitahu dia dan mentornya, kumpulan Evo yang dianggotai Khairul Najmuddin Abu Samah (Hyrul) dan Halhusani Razmi (Sani) mengambil serius setiap pandangan bernas yang dilontarkan pengkritik. Menjawab kepada persoalan ketidakseimbangan kolaborasi mereka, penyanyi lagu Gemilang itu menjelaskan bahawa Sani tidak sihat.

“Mereka sudah membuat yang terbaik dan saya yakin mereka boleh melakukan yang lebih baik lagi pada masa mendatang. Ia satu permulaan yang baik dan mendapat markah 56.4 peratus itu satu pencapaian yang memuaskan. Zainal dan Cat tahu apa yang mereka komen, lalu, kami akan ambil perhatian setiap komen yang dilemparkan itu,” kata Jaclyn Victor.

Manakala Lah Ahmad pula yakin dengan kebolehan protegenya, Fira atau nama sebenarnya, Hunanis Zafira Huzaini. Tidak dinafikan vokal Fira cukup hebat, namun, kata Lah, biarpun mendapat peratus paling corot, anak didiknya sudah melakukan yang terbaik.

“Selepas ini, dia harus bijak mencuri peluang di antara kelas tarian dan vokal yang dihadirinya. Kami terima markah itu dengan reda,” kata Lah ringkas.

INFO: Mentor 3

  • Disiarkan setiap hari Ahad jam 9 hingga 10.30 malam

  • Jurnal Mentor disiarkan setiap Ahad jam 5.30 hingga 6 petang, manakala Jurnal Protege disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.28 malam

  • Ahad depan, giliran protege kumpulan B, Keena (Mentor, Awie), Thye (Adibah Noor) dan Black (Mas Idayu) pula untuk berentap menunjukkan kehebatan masing-masing.

  • Dihoskan oleh Ally Iskandar.
  • METRO : 'Ini baru pengenalan'

    Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
    wanasr@hmetro.com.my

    Rap " KEJAYAAN Chaq atau Camellus De'lelli Anam, 20, mengumpul markah tertinggi 67.9 peratus mungkin satu permulaan baik. "

    Chaq protege kepada penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Maas atau Ajai menampilkan persembahan bertenaga pada konsert pertama Kumpulan A, Mentor musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam malam kelmarin.

    Biarpun masih terlalu awal untuk menilai kemampuan peserta yang bertanding menerusi program itu namun setiap mereka ternyata mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

    Selain Chaq turut bersaing dalam kumpulan A ialah Hunanis Zafira Huzaini (Fira) protege kepada Lah Ahmad yang mengumpul 39.7 peratus markah.

    Penampilan kumpulan Evo yang dianggotai Khairul Najmuddin Abu Samah (Hyrul) dan Halhusani Razmi (Sani) protege Jaclyn Victor berjaya memungut 56.4 peratus markah.

    Persembahan solo dimulakan oleh Fira yang menyampaikan lagu Merisik Khabar, manakala Chaq menerusi lagu Terima Kasih Cinta sementara Evo memilih lagu medley Cindai dan Seindah Biasa.

    Ajai ketika diminta mengulas persembahan itu berkata, ia baru pengenalan buat peserta yang bertanding malah persaingan masih terbuka. Begitupun dia puas hati dengan komitmen yang ditunjukkan peserta.

    "Pada saya kepuasan mengajar dan bekerja menjadi keutamaan dalam pertandingan ini. Soal ganjaran atau hadiah adalah kemudian. Saya sedar masih banyak yang perlu dipelajari oleh setiap peserta. Penyertaan menerusi program ini juga sebagai usaha untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

    "Sebagai mentor kepada Chaq saya juga melalui proses pembelajaran. Saya dapat mempelajari ilmu tarian daripadanya. Chaq pula berkongsi daripada pengalaman yang saya dalam bidang seni.

    "Sebagai mentor kami sentiasa berbincang dan memberi pandangan kepada setiap protege yang bertanding walaupun berlainan mentor.

    "Pada saya mentor tidak bertanding sebaliknya ilmu dan bimbingan kepada protege itu perlu dititik beratkan," katanya.

    Ajai turut menyanyi dan menari menerusi lagu Gagap yang dipopularkan oleh Stacy yang juga adik kepada Chaq.

    Bagi Jaclyn Victor yang turut berduet bersama kumpulan Evo menerusi lagu Pergi Untuk Kembali bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ajai malah memaklumkan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari oleh setiap peserta.

    "Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan mereka. Biarpun memperoleh markah sedemikian ia satu permulaan baik buat mereka. Setiap kritikan yang diberikan oleh juri profesional juga perlu diambil kira secara positif," katanya.

    Manakala Lah pula mahu protegenya berkerja lebih gigih untuk persembahan akan datang bagi mengumpul markah yang lebih tinggi supaya layak bersaing ke peringkat seterusnya.

    "Untuk persembahan akan datang kami perlu bekerja lebih kuat. Saya berpuas hati dengan nyanyian Fira begitupun dia perlu berlatih lebih gigih untuk penampilan di atas pentas," kata Lah yang menyanyi lagu duet bersama Fira berjudul Jangan Ada Dusta di Antara Kita.

    Saingan kumpulan B pada konsert minggu depan pula menyaksikan Suriana Abudul Wahab (Keena) protege kepada Awie, Tahiruddin Sain (Thye)/ Adibah Noor dan Hanifah Md Hanafiah (Black)/ Mas Idayu.

    Sementara itu Penerbit dan pengarah, Muhamad Sufian Isa berkata, program realiti musim baru stesen televisyen itu turut menampilkan beberapa perubahan dari segi pengisian dan format rancangan.

    "Program ini baru bermula dan baru berlangsung konsert kedua. Mungkin ada beberapa perubahan yang ketara daripada protege dan mentor. Ia satu permulaan yang baik. Malah kami dimaklumkan mendapat respon yang baik ketika konsert showcase pertama minggu sebelumnya apabila berjaya menarik sebanyak 2.9 juta menonton rancangan ini.

    "Masalah biasa dihadapi dari segi teknikal dan persembahan apabila membabitkan program secara langsung. Setakat ini, kami masih berusaha memperbaiki kelemahan membabitkan penggunaan props dan masalah audio setiap kali program berlangsung," katanya.

    Tambahnya, penampilan wartawan sensasi, Nas Ahmad yang mengendalikan segmen di belakang pentas adalah sebahagian daripada pembaharuan untuk program itu.

    Menurut Sufian tidak timbul soal menjejaskan tumpuan peserta yang bertanding dalam program itu sebaliknya kehadiran Nas Ahmad sememangnya untuk tujuan itu.

    "Kita sebelum ini banyak terlepas beberapa aksi dan reaksi peserta yang bertanding terutamanya bagi program realiti. Justeru peranan Nas Ahmad adalah menampilkan apa yang berlaku selain berkongsi suasana di belakang pentas ketika berakhir setiap persembahan peserta bersama penonton.

    "Kalau kata mengganggu tumpuan peserta di belakang pentas. Memang itulah peranan yang mahu diberikan kepada Nas Ahmad," katanya.

    Persembahan peserta dinilai oleh juri profesional, Zainal Abidin dan Cat Farish. Sistem pemarkahan peserta diadili berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus oleh juri profesional, undian SMS penonton (30 peratus) dan juri awam yang terdiri daripada juri awam (pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional yang berada di studio (20 peratus).

    Setiap peserta diberi peluang membuat persembahan sebanyak tiga kali mengikut kumpulan masing-masing. Setiap markah yang dipungut daripada konsert itu akan menentukan kemaraan peserta ke peringkat separuh akhir. Peserta yang memungut markah terendah akan disingkir.

    Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva dan mentor meraih RM100,000 manakala naib juara menerima wang tunai RM30,000.

    Mentor 3: Chaq Pilihan Peminat

    by Miss Ayu | 11 May 2009



    Mentor musim ketiga telah pun memulakan saingannya malam kelmarin. Sebelum itu, semua mentor dan protege telah pun diperkenalkan pada konsert showcase yang diadakan pada 3 Mei lalu.

    Musim terbaru ini, protege Mentor dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Kumpulan A terdiri daripada Fira, protege kepada Lah Ahmad, Chaq, protege kepada Ajai dan Kumpulan Evo, protege kepada Jaclyn Victor. Manakala kumpulan B terdiri daripada Keena, protege kepada Awie, Thye, protege kepada Adibah Noor dan Black, protege kepada Mas Idayu.

    Malam kelmarin, kumpulan A telah pun berentap sesama sendiri bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Setiap protege telah menyanyikan dua buah lagu iaitu sebuah lagu solo dan sebuah lagu duet bersama Mentor masing-masing.

    Persembahan duet daripada Jaclyn Victor dan anak buahnya, Kumpulan Evo, mendendangkan lagu “Pergi Untuk Kembali” paling menghiburkan. Begitu juga dengan persembahan solo daripada Chaq. Protege Ajai ini mampu mengawal suara dengan baik ketika menyampaikan lagu “Terima Kasih Cinta” sehingga membuatkan ramai gadis di auditorium terpesona dengan persembahannya.

    Fira, protege kepada Lah Ahmad pula dilihat terlalu berhati-hati dalam membuat persembahan. Dia nampak tidak selesa dengan busana yang dikenakan. Mungkin kerana baju yang dipakai terlalu labuh sehingga menyukarkannya untuk melangkah. Kesukaran yang dialami Fira jelas terlihat apabila dia hampir jatuh apabila terpijak gaun yang dipakai ketika berduet bersama Lah mendendangkan lagu “Jangan Ada Dusta Di Antara Kita”.

    Keputusan undian konsert malam kelmarin menyaksikan Chaq berada di tempat teratas dengan undian sebanyak 67.9 peratus, diikuti oleh Kumpulan Evo, 56.4 peratus dan Fira di tempat ketiga dengan 39.7 peratus.

    Secara keseluruhan, persembahan malam itu agak memuaskan walaupun berlaku beberapa kesilapan teknikal yang agak mengganggu perjalanan program tersebut. Paling mengecewakan ialah sistem audio di Dewan Auditorium Menara MBSA sehingga menyebabkan penonton tidak mendengar dengan jelas nyanyian protege.

    Menurut Penerbit dan Pengarah Mentor musim ketiga, Muhamad Sufian Isa, kesilapan teknikal itu memang disedari oleh pihak produksi dan dia memandang serius dengan kesilapan itu. Bagaimanapun, masalah audio itu hanya berlaku di dewan auditorium, tidak kepada penonton di rumah.

    “Saya akui sistem audio tidak berapa bagus tadi, tetapi setelah kami selidiki, masalah itu hanya berlaku di dewan ini, tidak kepada penonton di rumah. Bagaimanapun, kami akan pastikan masalah ini tidak berulang pada minggu-minggu yang akan datang.”

    Sufian juga diminta mengulas tentang kehadiran Nas Ahmad sebagai wartawan di sebalik tabir, segmen baru pada musim ini.

    “Penampilan Nas Ahmad untuk Mentor musim ini adalah bertujuan untuk menampilkan kelainan. Tugas Nas adalah untuk menganggu mereka yang berada di belakang pentas. Soalan-soalan yang diajukan kepada setiap protege adalah secara spontan bukan daripada skrip. Setakat ini kemunculan Nas mendapat respon yang baik daripada penonton,” ujar Sufian semasa ditemui selepas konsert.

    Terdapat sedikit perubahan dari segi format bagi Mentor musim ini. Markah akan diberikan melalui tiga bahagian iaitu 50 peratus dari juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus lagi melalui juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan muzik, wartawan hiburan, penerbit rancangan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik.

    Setiap protege akan diberi peluang membuat persembahan sebanyak tiga kali mengikut kumpulan masing-masing melalui konsert yang diadakan secara berselang-seli di antara kumpulan A dan B. Hanya dua protege daripada setiap kumpulan yang akan ke separuh akhir.

    *sumber dr www.gua.com.my

    Konsert Mentor 3 ( Kumplan A )

    KONSERT MENTOR 3 ( KUMPULAN A )
    10 mei 2009

    Pada konsert mlm itu Chaq menyampaikn 3 buah lagu iaitu lagu secara solo,duet bersama Ajai n nyanyian bersama Protoge kumpulan A. Tahniah juga kepada Chaq kerana memperolehi markah tertinggi yg diberikn oleh juri awam dan pengkritik jemputan pada malam tersebut..Tahniah Chaq!!!

    1st song : Terima Kasih Cinta ( lagu fav Chaq )
    2nd song : Gagap ( Duet bersama Ajai )
    3rd song : Sempurna ( Nyanyian berkumpulan bersama FIRA & EVO )


    sblm membuat persembahan..interview ngn ALLY ISKANDAR..

    menyampaikn lagu terima kasih cinta ( AFGAN )

    second song..lagu GAGAP.duet bersama AJAI...
    AJAI menari untuk lagu ini...

    Mendengar Komen dr juri...

    JANGAN LUPE..............VOTE for CHAQ k!!!!!


    Tiket Konsert Mentor

    Halllluuuuu CUZ...
    Seperti yang sudah sedia maklum pada ahad ini ( 10 mei 2009 ) akan berlangsungnya konsert Mentor musim ke-3 bagi Group A...Dimana CHAQ juga diletakkan dalam Group A ini bersama dengan protege dari Lah Ahmad dan Jaclyn Victor.

    Jadi kepada sesiapa yang ingin menonton konsert pada minggu ini secara live di MBSA SHAH ALAM. Sila Berikan nama, num hp dan jumlah tiket yang anda mahu ke chaq_ultimatezone@yahoo.com .

    Detail konsert :-

    TARIKH : 10 MEI 2009 (AHAD)
    TEMPAT : AUDITORIUM MBSA,SHAH ALAM
    MASA : 9.00 MALAM




    JUMPA ANDA DISANA !!!!!!!!!


    Chaq@Konsert Mentor 3

    KONSERT PENGENALAN MENTOR 3 @ MBSA SHAH ALAM
    3 Mei 2009






    Chaq@Backstage wif dancer





    B.A.D Boyz datang memberi sokongan pada CHAQ


    Mentor & Protege musim ke-3

    All Picture Credit to Halida_halle < Klik sini >

    Konsert Pengenalan Mentor 3

    Pada ahad yang lepas( 3 may 2009 ) telah berlangsung konsert pengenalan MENTOR 3 di Auditorium MBSA Shah Alam. Pada malam tersebut Chaq Membawa lagu My love nyanyian asal dr JUSTIN TIMBERLAKE dalam Versi Bahasa Melayu. Pada malam itu juga kesemua protege telah dibahagi kan kepada 2 Group iaitu Group A dan Group B.Chaq berada di dalam Group A bersama-sama dengan Protege dari Jaclyn Victor( EVO ) dan Lah Ahmad( FIRA )


    interview bersama Ally Iskandar(video wif Stacy)


    My Love versi Bahasa Melayu


    Lagu Tema Mentor "TUNJUK AJAR KU SIFU"

    *p/s- All video credit to Wannz1901

    Teruskan Sokongan Anda Kepada CHAQ........