CHAT ROOM CHAQ ULTIMATE ZONE

Vote Mentor Mana Yang Akan Mengegarkan Pentas

Ini pesanan dari Chaq,Mari kita beramai-ramai vote untuk AJAI bagi Mentor mana yang bakal mengegarkan pentas di web ini..Mari kita naikkan lagi ranking AJAI dan CHAQ!!!Ingat,jangan lupa juga untuk mengundi CHAQ!!!KITA KASI CHAQ PULA JADI JUARA MENTOR 3 KALI INI!!! GO CHAQ!!!!

CHAQ @ MENTOR


CHAQ

Mentor : AJAI (klik disini)

Nama : Camellus De’lelli Anam (Chaq)
Umur : 20
Tarikh Lahir : 26 Julai 1988
Pekerjaan : Penyanyi / Penari

1. Apakah persamaan anda dengan mentor anda?
Abang Ajai sporting, boleh satu kepala dengan saya.

2. Apa anda akan buat lepas Mentor 3 jika anda memenangi Mentor 3? -
Terpulanglah kepada Ajai & tengoklah masa depan nanti.

3. Siapakah Idola anda?
Justin Timberlake. Apa yang Justin ada, Chaq pun ada!

4. Kenapakah anda menyertai Mentor 3?
Dulu saya mempunyai group, namanya Bad Boys. Tapi saya sekarang dah berada di Mentor 3 untuk memperjuangkan jiwa solo saya.


CARA-CARA MENGUNDI

MENTOR CHAQ KE 33399
MENTOR Nama Protege untuk 1 undi,
MENTOR5 Nama Protege untuk 5 votes,
MENTOR10 Nama Protege untuk 10 votes.

MENTOR = 1 vote = RM 0.50
MENTOR5 = 5 votes = RM 2.50
MENTOR10 = 10 votes = RM 5.00

Bagaimana untuk mengundi: sms MENTOR Nama Protege ke 33399.

Contoh:
sms MENTOR CHAQ ke 33399,RM 0.50 per vote.
sms MENTOR5 CHAQ ke 33399, RM 2.50 per vote.
sms MENTOR10 CHAQ ke 33399, RM 5.00 per vote.

TIKET KONSERT MENTOR!!!


Hello,pada semua peminat dan penyokong CHAQ yang berminat untuk menonton konsert mentor yang pertama secara live boleh beri nama anda untuk tiket.Tiket adalah terhad,siapa yang mahu sila beri nama anda secepat mungkin sebelum hari sabtu ini.Sila emailkan nama,num hp,dan jumlah tiket yang anda mahu ke email ini chaq_ultimatezone@yahoo.com ...Dibawah ini details-details mengenai konsert mentor..

TARIKH : 3 MEI 2009 (AHAD)
TEMPAT : AUDITORIUM MBSA,SHAH ALAM
MASA : 9.00 MALAM

Pada sesiapa yang ingin pergi,sila datang awal kerana takut tempat duduk tidak cukup dan pintu akan ditutup pada jam 8.40 malam.Mari kita beramai-ramai memberi sokongan kepada CHAQ dan memeriahkan lagi konsert mentor yang pertama ini!!!JUMPA ANDA DISANAAAAA!!!

Chaq Protege Ajai dalam Mentor 3

Seperti yg kita sudah ketahui, Chaq merupakan protege Ajai untuk mentor pada musim ini. tahniah kepada Chaq, kami akan selalu menyokong anda. Kepada semua peminat Chaq, jangan lupa datang untuk memberikan sokongan kepada Chaq pada konsert pertama 3 Mei ini ok!



Hari Tentera di Bandaraya Kota Kinabalu 18 April 2009

Tanggal 18 April 2009, Chaq telah diundang untuk mengadakan persembahan sempena Hari Tentera di Bandaraya Kota Kinabalu. Majlis yang diacarakan oleh Abu Bakar Ellah itu turut mengundang Marsha sebagai artis jemputan pada malam tersebut. Marsha dan Chaq turut berduet lagu ' Sayang ' yang dipopularkan oleh Marsha sendiri bersama Ajai. Selain berduet bersama Marsha, Chaq juga sempat menyanyikan sebuah lagu solo iaitu Terima Kasih Cinta. Di kesempatan itu juga Chaq mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para peminatnya yang selama ini telah menyokong beliau sejak beliau bersama Evoke, B.A.D Boys dan sehingga sekarang. Semoga dengan adanya sokongan yang padu dari peminat Chaq dan usaha Chaq sendiri untuk menjadi seorang artis yang berwawasan, nescaya satu hari nanti akan lahir lagu satu bintang dalam industri muzik seni tanahair kita.


Chaq ketika mempersembahkan lagu Terima Kasih Cinta

Chaq berduet bersama Marsha untuk lagu ' Sayang '

Aksi Chaq selesai tamat mengadakan persembahan

Chaq bersama Marsha setelah selesai mengadakan persembahan

Lagi pose daripada Chaq untuk para peminatnya

Chaq sempat menandatangani autograf kepada salah seorang peminatnya di belakang pentas


Peminat yang sempat bergambar bersama Chaq dan Marsha di belakang pentas




Sayang - Duet Bersama Marsha




Terima Kasih Cinta

Metro Ahad 19 April 2009- CAK: Abang Stacy dalam Mentor 3

Chaq ketika bersama Evoke

KETIKA ini Akademi Fantasia 7 dan One In A Million tengah berdendang. Bersambung pula dengan Mentor 3 yang bermula hari ini, jam 9 malam selama 90 minit.

Bagaimanapun, awal-awal lagi ada cerita menarik mengenai mentor dan protege ini apabila CAK diberitahu sumber dalaman yang abang Stacy turut serta. CAK hanya kenali namanya lebih kurang Chaq aka Camellus De’lelli Anam.

Kalau penggemar program realiti perasan, Chaq dan Stacy pernah menyertai Gang Starz musim pertama melalui kumpulan Evoke. Meletup jugalah kumpulan dari Sabah ni. Selepas Stacy jadi juara AF6, mungkinkah Chaq ada peluang mengikuti jejak juara adiknya?

Barisan Mentor yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dalam program kali ini ialah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie.

Majlis Malam Penghargaan Kepada Pesara DBKK 8 April 2009

Baru-baru ini betempat di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu, Chaq telah diundang sebagai artis jemputan untuk memeriahkan Majlis Penghargaan Kepada Pesara DBKK.Majlis yang diacarakan oleh Ampal itu turut mengundang artis lain seperti Bandi Amuk dan penyanyi yang terkenal sekitar awal tahun 90an iaitu Ady (WOW). Pada malam tersebut Chaq menyanyikan dua buah lagu iaitu Terima Kasih Cinta dan Party Like This. Chaq juga sempat memberikan beberapa pose istimewa untuk tatapan peminatnya!










Harian Metro 9 April 2009: BORAK LOKASI: Ibu tunggal bentuk empayar niaga

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Malah, grand ballroom hotel juga berubah menjadi studio tarian untuk Hanif dan Roy bertanding sesama sendiri bagi menunjukkan tarian siapa lebih hebat, shuffle atau hip hop?

Itulah antara paparan menarik dalam filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak atau Mohd Aliff Najmi Abdullah terbitan Harian Inovatif Sdn Bhd dengan kerjasama Sunday To Sunday Service Sdn Bhd.

Ketika wartawan Rap sampai ke lokasi penggambaran Dimensi Cinta, Eddie sibuk menyiapkan babak Baby yang merajuk dan cuba dipujuk Chaq yang juga teman lelakinya. Namun, Baby tidak melayannya dan mengambil peluang untuk bermanja dengan Chaq.

Dalam babak lain, Lydia pula cuba merapati Chaq kerana dia berminat mempelajari tarian shuffle kerana teman lelakinya Roy adalah anggota kumpulan Hip Hop.

Sejak awal pagi lagi, Eddie begitu teliti bekerja dan berjaya menyiapkan empat babak menarik sepanjang sehari suntuk penggambaran Dimensi Cinta.

Kata Eddie, penggambaran filem membabitkan bajet sekitar RM1.8 juta itu dimulakan sejak 3 Mac dan berakhir 21 Mac lalu di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.

“Hotel Pullman Lakeside Putrajaya dipilih sebagai lokasi kolej kerana ia sesuai dengan jalan cerita dan hotel itu juga penaja utama lokasi sepanjang dua minggu penggambaran filem berkenaan,” katanya.

Dimensi Cinta mengisahkan perjuangan wanita kelas atasan, Raja Soffhilea (Soffhie), berstatus ibu tunggal empat anak iaitu Hanif, Hafis, Hairul dan Misha untuk bangkit kembali membina empayar perniagaannya selepas keruntuhan rumah tangganya.

Selepas bercerai dengan suami, Redhuan, Raja Soffhie berasakan dirinya bebas daripada penderitaan yang menyeksa dia dan anak sehingga meninggalkan kesan fobia dalam menjalani kehidupan harian.

Last Shooting For Dimensi Cinta at Pullman Resort

Seperti semua yang sedia tahu, Chaq berlakon dalam filem Dimensi Cinta .Tahniah kepada Chaq kerana telah berjaya menyerlahkan bakatnya sebagai seorang pelakon. Oleh itu kepada semua peminat Chaq jangan lupa untuk menonton filem Dimensi Cinta yang turut dibintangi oleh nama-nama besar dalam industri perfileman kita!
Chaq bersama pengarah Eddie Pak
Chaq bersama krew produksi


Masa untuk bersantai