Tanggal 18 April 2009, Chaq telah diundang untuk mengadakan persembahan sempena Hari Tentera di Bandaraya Kota Kinabalu. Majlis yang diacarakan oleh Abu Bakar Ellah itu turut mengundang Marsha sebagai artis jemputan pada malam tersebut. Marsha dan Chaq turut berduet lagu ' Sayang ' yang dipopularkan oleh Marsha sendiri bersama Ajai. Selain berduet bersama Marsha, Chaq juga sempat menyanyikan sebuah lagu solo iaitu Terima Kasih Cinta. Di kesempatan itu juga Chaq mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para peminatnya yang selama ini telah menyokong beliau sejak beliau bersama Evoke, B.A.D Boys dan sehingga sekarang. Semoga dengan adanya sokongan yang padu dari peminat Chaq dan usaha Chaq sendiri untuk menjadi seorang artis yang berwawasan, nescaya satu hari nanti akan lahir lagu satu bintang dalam industri muzik seni tanahair kita.

0 comments:
Post a Comment